Penceroboh!

Ada orang sudah menceroboh hak privasi saya! Sebelum ini sibuk dok melenting bila SKMM sekat laman web tertentu kononnya menyekat hak asai manusia lah. Tapi kamu tak sedarkah apa yang kamu dah buat kepada saya sudah melambangkan betapa bodohnya kamu yang hanya pandai bercakap untuk diri sendiri tetapi tidak tahu menghormati ruang privasi orang lain yang ternyata tidak punya apa kaitan salahnya pada kamu. Sayangnya ilmu yang kamu punyai telah itu digunakan ke jalan yang salah. Ternyata usaha kamu itu tidak akan diberkati..InsyaAllah.

artikel pendek sementara tunggu kawan nak keluar ofis

People will not change no matter how badly you want them to. People will only change if they want to. Instead of trying to change others, change yourself. Change your perception about the person, and allow them to be themselves, without you trying to change them.
Tak fikir sebegitu. Tak 100% percaya. Bergantung kepada situasi. Tidak bolehkan kita menasihatinya supaya berubah kepada yang lebih baik jika sikapnya membawa masalah kepada sekeliling? Kenapa pula kita yang harus berubah? Mungkin juga boleh jika ianya satu reverse psychology. Tapi tengok caranya juga. Biarkan mereka dengan cara dan sikap mereka mungkin bukan satu pilihan yang bijak. Silap-silap 'nasi sudah menjadi bubur'. Masa tu dah tak guna nak berubah dah.


Harga gula sudah naik

Ditanya kemungkinan para peniaga pengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman, beliau berkata, para peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga yang terlalu ketara kerana ia hanya melibatkan kenaikan kecil.

''Mungkin masih ramai yang tidak sedar implikasi daripada pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos yang lebih besar untuk merawat pesakit, kenaikan ini diharap dapat mengubah gaya hidup orang ramai," katanya.

Boleh percaya kah? Peniaga mesti akan mengambil kesempatan punya. Peduli apa.

As a comparison, sugar price is RM4.50 in the Philippines, RM3.80 in Indonesia, RM3.61 in Singapore and RM2.31 in Thailand.
Suka sangat membandingkan dengan negara-negara lain. Taraf hidup mereka-mereka itu sama kah dengan mereka-mereka di sini?

Alang-alang naik harga gula, boleh tak tolong naikkan sekali gaji pekerja-pekerja sektor swasta ni. Khidmat awam semacam tiap tahun saja dapat bonus, duit raya, naik gaji...tapi dengan swasta ni 3 tahun pun belum dapat apa-apa. Boleh kah?

Yang kaya-raya



"The 40 wealthiest Malaysians are worth US$62.1bil (RM188.32bil), up by US$11.1bil (RM33.7bil) compared with last year, according to the latest rich list published by Forbes Asia.

In a statement yesterday, Forbes Asia said the combined wealth was almost 22% more than the list in 2010."

Sources : The Star, 4th Mac 2011


Yang kaya-raya semakin bertambah-tambah rayanya. huhh..ini yang 'listed'. Belum lagi yang tak 'listed'..banyak lagi kat luar sana yang rasanya duit lebih berganda-ganda dari Ananda Krishnan. Moga-moga rezeki mereka di berkati ; .

Betul lah rezeki itu kebanyakannya datang daripada berniaga. Cuma samada berkat atau tidak...betul tak?

* Mmm..apa bisnes yang sesuai ya? Jom buka bisnes!

cool cool cool

ok..this is cool. For me lah kan. Orang lain belum tentu rasa cool. Benda-benda macam ni kan subjektif. Seni kan punya takrifan masing-masing untuk diluahkan. Oh..mm sekarang ni tengah bagi 'intro' pasal design baru untuk si 'amisha' ni. Saja ambil yang minimalis. Simple. Ini buat masa sekarang.

Cool. Ini post yang ke 2 untuk tahun 2011 (huhu). Bukan malas tapi bukan juga tidak ada kelapangan. Rasanya mungkin ada keutamaan-keutamaan lain yang didahulukan. mmm..betul. Boring pun semacam tidak saja. Cuma tempias boring ni dah terkena kepada FB. Entah lah... FB tu dah jadi Alam Flora pun ada. Semua perkara nak sumbat masuk dalam tu. Malas (ni memang betul malas) nak membaca status dan komen yang seakan merungut, hentam orang sini sana, tak puas hati, mencanang seluruh dunia suka duka sedih lara hati. Itu belum lagi yang ayat biasa-biasa tapi sebenarnya niat nak 'menunjuk'. Kira macam secara halus la kan. Orang-orang macam ni banyak. Alah tak payah nak bercontoh. Kamu boleh rasa sendiri. Betul kan? Sinis. hahaha..

Kadangkala kita perlu 'cool down'. Beri privasi kepada diri sendiri. Sesetengah teknologi buat kita lupa. Melalaikan kita dari segala macam aspek. Ruang privasi yang kita ciptakan kadang-kadang tanpa sedar kita sendiri yang runtuhkan. Lepas tu jangan cakap lah kalau 'tension' tak tentu pasal. Ayat ni mendalam maksudnya tapi malas untuk diulas lanjut. Orang kata "sendiri faham la kan." haha.. Sinis lagi.