"Woi jangan la tolak! Agak-agak la!"
"Masuk lagi..masuk..ada ruang kosong lagi!"
Huhh..saya dah terbayang-bayang situasi yang bakal saya tempuhi (tanpa rela hati) dalam masa lebih kurang sejam lagi. Kalau tak sebab Mr Rizal tak dapat nak ambil saya sebab keluar kerja lambat, sampai bila-bila pun saya tak akan naik itu keretapi-hidup- segan-mati-tak mahu. Saya lebih selesa naik LRT saja. Naik komuter buat saya menyumpah-nyumpah dan sakit hati yang terlampau. Dengan bulan puasa yang mulia ni, semacam mahu menangis saja bila komuter yang ditunggu-tunggu selama 45 minit dengan keadaan berdiri, beratur sambil menggalas laptop, tiba-tiba tak boleh naik sebab penuh. Hangin 1 badan tuu!
Saya tak tahu apa yang tak kena dengan pengurusan KTMB ni. Saya rasa tahun lepas masa Pak Lah jadi PM, beliau dah minta tahap perkhidmatan komuter ni diperbaiki. Dan waktu itulah rasanya pihak pengurusan KTMB mengerah keringat dan kepala otak macam mana nak menaik tarafkan perkhidmatan mereka itu. Selepas beberapa bulan berlalu..nahh! ini idea kami (KTMB) yang bernas untuk membantu warga Malaysia yang di sayangi. Tingg tingg!! Muncul lah keretapi KTMB yang disambung kepalanya ke gerabak komuter. Kononnya untuk mempercepatkan perjalanan yang sering dikatakan lembab. mmm..ok ke?
Mungkin juga ada signifikannya cubaan tersebut iaitu komuter dapat bergerak lebih pantas daripada biasa dan mengurangkan rungutan orang ramai. Itu saja. Setahun berlalu, tapi rasanya makin ramai orang merungut tak habis-habis pasal kelewatan komuter. Setiap kali saya menunggu tren, ada saja rungutan dari org ramai singgah di telinga saya. Kalau sayalah orang yg meneraju KTMB ni ada di situ, mahu saja saya hantar notis berhenti 24 jam akibat tak tahan malu.
Saya fikirlah..ada beberapa masalah dan penyelesaiannya mengenai masalah yang tegar ini.
1- tren lambat. Bukan lambat dari segi kelajuan api dari segi kekerapan. Dalam waktu puncak pun ada yang sampai 20 min sekali, 15 atau 10 min sekali. Kadang ada yang 30 min pun ada. Kalau dah lama, maka orang yang menunggu makin ramai yang teramat sangat. Tak heran lah kalau orang semua berebut nak masuk tren sampai ada yang bergaduh. Bila dah penuh..terjadilah fenomena sardin dalam tin. Tapi sardin lebih sedap dimakan. Ini sardin busuk! Dalam waktu tu lah juga para petugas/pengawal KTMB terpekik-terlolong menyuruh orang-orang dalam tren masuk ke dalam memenuhi segala pelusuk ruang. Mereka yang terpekik tu pun tak faham etika. Biar la ada ruang sikit untuk org-org di dalamnya bernafas. Baru lah tiada yang pengsan, berhimpit-himpit macam kena lanyak je. Bukannya nak biar ada ruang jarak 1 meter setiap sorang pun. Cukup lah sekadar sedikit selesa dan bernafas.
2- tren delay. Dalam sehari tak sah kalau tak de yang delay. Saya tak faham. Dah adat kot. Sampai 20-30 min delay apa hal? Kalau dah delay lagi ramai orang menunggu. Terjadilah perkara-perkara di atas.
3- Aircond rosak. Saya tak tahu sekarang ni selalu berlaku atau dah berkurang. Kalau dulu semasa saya menggunakan komuter setiap hari pergi balik semasa bekerja di Bangsar, selalu juga lah acara takde aircond ni berlaku. Kalau pagi ok lagi tapi bila petang macam nak mampus saja. Geram tak ingat punyalah. Bayangkan kalau anda berhimpit-himpit sampai tak boleh bergerak tanpa sedikit udara sejuk pun!
Rasanya semua-semua itu masalah yang selalu sangat pengguna komuter alami. Agaknya selama ni pihak berwajib tak tahu kot. Kesian. Bawa-bawalah turun padang. Kalau dah turun pun tak faham-faham, masuk sekolah balik. Menuntut ilmu tu kan penting.
Bagi pihak kerajaan, derma-derma lah duit kat KTMB buat beli tambah komuter-komuter baru. Baru la kerap sikit datang tren tu..tak la sampai 20min atau 30min sekali waktu puncak. Macam negara tak membangun saja. Biar keselesaan rakyat diutamakan dulu. Nak hantar angkasawan itu ini tangguh dulu la. Gunakan duit rakyat untuk keselesaan rakyat. Betul tak?
This entry was posted
on Monday, September 14, 2009
and is filed under
komuter,
KTMB,
rakyat
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Sweet Little Time..
Points to Ponder
Shopping?
Categories
- amir (1)
- birthday (1)
- cantik (1)
- celebration (1)
- general (2)
- hari raya (2)
- hiburan (1)
- komuter (1)
- merdeka (1)
- novel (1)
- program realiti (1)
- rakyat (1)
- realiti tv (1)
- sastera (1)

3 comments