Sudah ramai yang balik bekerja. Kuala Lumpur kembali seperti sediakala. Tak sah kalau tak sesak di sana sini. Kalau ramai yang bercuti sampai seminggu iaitu 23-25 Sept, saya cuma bercuti pd 23hb saja. Mr Rizal pun tak boleh cuti lama, lebih baik saya bekerja saja. Yang paling bestnya ialah bekerja pada hari Khamis dan Jumaat umpama 'ini ofis saya yang punya'. hehe. Berapa kerat saja yang ada. Boleh buat apa saja dan pergi mana yang anda suka ya!
Hari Khamis tu saya keluar ofis pukul 3 lebih. Menunggu train macam biasa. Sedang saya menunggu tu datang seorang makcik dengan menggalas beg tangan dan beg kertas penuh dengan barang. Amboi mulut merah tu makcik. Bukan makan sirih, lipstik la. Bertudung. Saya agak makcik tu dalam lingkungan 50 an. Dari jauh saya pandang makcik tu, makcik tu pandang saya. Hurmm..macam ada yang nk bertanya ja makcik ni. Dah sampai dekat. Dia tnya saya..
"Tren lepas ni pegi sri petaling ye?"
"Ha'ah", saya senyum je.
"Keje ke?"
"Aa..keje". Aii bersambung pula makcik ni.
"Keje mana?"
"Kat Sentul. Plaza Sentul..atas OTK."
"ooo..ada ofis kan atas tu. Buat keje kerani ye?"
"mm..IT". Mentang-mentang la saya pakai sempoi je hari tu.
"Ye lah. Keje IT kan atas tu". Apa-apa lah makcik oii.
Pastu makcik tu sambung lagi..
"Makcik tinggal kat situ la. Kat belakang tu. Ramai orang datang kat makcik. Artis pun ramai. Mandi bunga, cepat jodoh, buat penyeri muka, macam-macam lagi makcik buat. Orang-orang bank pun ramai yang datang kat makcik. Yang artis **** tu datang kat makcik la buat penyeri muka".
(Maaf saya tak dapat nyatakan nama artis tersebut secara sewenang-wenangnya di sini. Saya blogger yang berhemah, bukan main redah saja..hahaha). Bila makcik tu beritahu nama artis tu, tak terkejut pun saya. Sekarang ni macam-macam orang buat nak nampak cantik dan lawa. Orang-orang bank pun ada? Huh! Patut la yang kerja di bank ramai yang cantik dan lawa. kui kui kui..
Saya pun tak tahu hukummya kalau kita buat macam tu. Boleh ke? Macam mana kaedahnya nak membuat penyeri muka tu? Lantak awak-awak la yea.
Berbalik kepada makcik tadi, dia beria-ia cakap dengan saya. Saya agak dia nak pancing saya kot. Makcik ni silap orang ni, kalau makcik jual tudung cantik gila boleh lagi saya terima. Saya ketika tu hanya mampun senyum siput saja. Haa..nasib baik tren dah sampai. Saya minta diri dekat makcik tu sebab saya tahu dia tak akan naik tren yang sama dengan saya. Legaaa..Jadi sampai situ saja lah promosi makcik tu. Masa dalam tren saya pun mula berfikir macam-macam, agaknya berapa ramai artis dan orang-orang kat luar sana yang betul-betul 'genuine'. Tak payah pakai penyeri muka pun orang suka apa.
This entry was posted
on Monday, September 28, 2009
and is filed under
cantik,
hari raya
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Sweet Little Time..
Points to Ponder
Shopping?
Categories
- amir (1)
- birthday (1)
- cantik (1)
- celebration (1)
- general (2)
- hari raya (2)
- hiburan (1)
- komuter (1)
- merdeka (1)
- novel (1)
- program realiti (1)
- rakyat (1)
- realiti tv (1)
- sastera (1)

8 comments