
Ianya antara wishlist saya dalam jangka masa pendek. Karya-karya Andrea Hirata bagi melengkapkan tetralogi Laskar Pelangi. Yeayy...'Sang Pemimpi' dan 'Endensor' sudah ada dalam koleksi saya! Susah juga nak dapatkan kedua-dua buah buku ni serentak. Mungkin sebab dah lama. Sebelum cuti raya haritu saya dah berkobar-kobar nak shopping di Mid Valley. Kononnya sebab ada MPH yang besar di situ di mana saya yakin 'Sang Pemimpi' dan 'Endensor' ada di sana. Saya jumpa Maryamah Karpov si Andera Hirata tapi macam tak lengkap sebab Maryamah Karpov merupakan siri terakhir Laskar Pelangi sedangkan 2 siri sebelumnya belum lagi saya baca. Untuk makluman, karya-karya Andrea Hirata ini terhimpun dalam koleksi di bahagian 'Sastera'. Bukan bahagian 'Novel' (yang cintan-cintun) di MPH. Setelah puas mencari, saya bertanya kepada encik-pekerja-MPH di situ, "Dah abis stok. Sang Pemimpi baru nak order tu pun belum tentu bila." Huaaa...sob sob..saya balik dengan tangan kosong tanpa buku-buku tapi sehelai dua baju raya itu sudah pasti :)
Sesudah cuti raya, saya mencuba nasib ke Borders. Mana tahu kan. Tiada juga. Ok lah. Saya online saja. Dalam 3 ke 4 penerbitan saya semak tapi semuanya tidak lengkap. Sang Pemimpi dan Edensor, salah satunya mesti tiada, atau pun keduanya tiada dalam stok. Saya nak keduanya sebab saya tamak. Haha. Dan entah kali ke berapa saya men'Google' akhirnya saya jumpa di kedai e-Sastera. Ya, akhirnya saya membeli secara online saja. Dan kini lengkaplah tetralogi Laskar Pelangi Saya. Cuma Maryamah Karpov saja belum. Tak risau pun..Maryamah baru lagi. Ada di mana-mana.
Membaca siri pertama iaitu Laskar Pelangi 4 bulan lalu membuatkan saya berkobar-kobar nak mengikuti siri-siri selepasnya. Saya suka gaya bahasa penulisnya. Yang pasti sepanjang membaca kita akan sentiasa tersenyum. Tersengih dan ketawa pun ada. Kisahnya bukan berkisar komedi atau yang lawak-lawak, tetapi cara penceritaan dan kiasannya yang indah boleh buat kita ketawa. Saya berjaya menghasut Mr Rizal supaya membaca Laskar Pelangi. "Baca la. True story. Kelakar cara dia cerita". Selepas beberapa hari saya lihat Mr Rizal tersengih dan sesekali ketawa semasa membaca Laskar Pelangi. Haha...siap dia cari dalam internet lagi nak tengok muka si anggota-anggota Laskar Pelangi. Untuk pengetahuan anda semua, Novel Laskar Pelangi ni begitu istimewa sehingga dijadikan bahan bacaan seperti tesis untuk mengkaji sistem pendidikan di Indonesia.
Mmm...saya belum baca lagi Sang pemimpi dan Edensor. Menunggu masa yang sesuai. hehe..
Sudah ada filem Laskar Pelangi di Indonesia, tapi saya kurang pasti di sini..dah ada ke dvd?
This entry was posted
on Monday, October 12, 2009
and is filed under
novel,
sastera,
tetralogi laskar pelangi
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Sweet Little Time..
Points to Ponder
Shopping?
Categories
- amir (1)
- birthday (1)
- cantik (1)
- celebration (1)
- general (2)
- hari raya (2)
- hiburan (1)
- komuter (1)
- merdeka (1)
- novel (1)
- program realiti (1)
- rakyat (1)
- realiti tv (1)
- sastera (1)

4 comments