Ada beza rupanya..  

by Shima

Tersebutlah kisah...

Pagi semalam, perkara rutin saya setiap hari apabila turun dari tren, saya terus saja bergegas untuk mendapatkan teksi ke pejabat. Dengan langkah kaki yang tidak begitu stabil, (saya terseliuh seminggu yang lepas semasa seminar di MIMOS) tidak perasaan saya diperhatikan oleh 2 orang pemandu teksi yang sedang rancak berbual. Tidak lah muda, dalam lingkungan awal 40-an rasanya. Seorang pakcik bertopi dengan cermin mata hitam konon macho itu dan kawannya berbadan agak sasa. Sihat lah tu. hehe... Setelah menyatakan lokasi saya, pakcik berkaca mata hitam itu menegur saya:

Pakcik kacamata hitam : Sakit kaki ke?
Saya : (Tak jawab, senyum saja). Saya membuka pintu teksi dan pakcik berkaca mata hitam itu pun berjalan menuju ke tempat sebelah pemandu. Kawannya yang dari tadi diam tiba-tiba menyampuk.

Kawan macho : oii...aku yang sakit pinggang, sakit kaki sikit punya lama ko tak tanya pun. (Ketawa)

Dalam perjalanan pakcik kacamata hitam bersembang entah apa-apa saya tak ingat. Sampai saja saya tengok meter rm4.40.

Pakcik kacamata hitam : 4.00 ringgit dah la.
woohoo...saya telah diberi diskaun. Bagus pakcik. Keep up the good work!

Dah tu apa rasionalnya kisah di atas? Biasa saja kan. Tunggu saja keesokkan harinya...

Keesokkan hari (hari ini)

Rutin yang sama berlaku cuma kali ini saya nampak ada sebuah teksi menunggu penumpang. Saya jalan ke arah teksi. Mm..macam pakcik semalam ja.

Saya : Pakcik...pegi Otk. (saya dah masuk teksi)
Pakcik : Ni yang naik semalam kan?
Saya : ha'ah
Pakcik : Nampak lain pula hari ni.
Saya pun kurang pasti lain macam mana pakcik. Agaknya semalam saya agak formal dan bertudung bawal. Hari ini saya sekadar casual dengan jeans dan bertudung ala ekin. Mungkin juga. Saya diam saja.
Pakcik : awal hari ni?
Saya : ha'ah. Nak balik awal.
Pakcik : ooo...(diam)..nak balik kampung ke?
Saya : Taklah. Ada hal sikit. (Perlukah saya bagi tau orang yang tak saya kenal hal-hal yang saya nak buat)
Pakcik : Kampung mana?
Saya : Kedah.
Pakcik : kat mana? Sungai Petani?
Saya : tak..Alor Setar.
Pakcik : ooo...abis tu sini tinggal dengan sape? (hahaha...saya hampir pasti banyak yang dah terjerat dan tertipu)
Saya : Dengan suami saya (saya rasa saya sudah senyum berlemon-lemon)
Pakcik : (Setelah beberapa minit) Dah kawin la ni?
Saya : Ha'ah

Lepas tu Pakcik tu diam sepanjang perjalanan. Sampai saja ke destinasi meter sudah mencecah 4.70. Tidak ada sebarang respons daripada pakcik. Jumlah 4.70 saya hulur kepada pakcik itu. Tidak juga ada kata-kata terima kasih. Sambil keluar daripada teksi, saya sendiri tertanya-tanya walaupun saya semacam tahu jawapannya.

Aiii pakcik, takde diskaun ke hari ni? Saya senyum sendirian. Pagi Jumaat yang indah. hahaha

This entry was posted on Friday, November 06, 2009 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

4 comments

ainil  

shima..pakcik tu gatai! hehehe..frust la tu kot.

hohoho.. itu pakcik sudah frust lar shima.. kasihan. tp sib baik dia bkn jenis yg 'gelojoh'. watnye dia redah gak, bini org pun nk dok goda.. takut gak kan. btw, cantek lar jeans nih ;)

ainil : haha..gatai gatai
nora : ha nasib baik tak gelojoh..dh breakfast tu. hahaha

gataii gilaaa!! euww, bg penampaq pi!! haha