Saya bayangkan berada dalam golongan artis atau orang yang berpengaruh atau mungkin saja bukan daripada kedua-duanya tetapi yang akan saya sebutkan ini... Si A hendak menyaman si B atau syarikat B yang telah menyebabkan si A itu mengalami kerugian sebanyak RM< > dan tekanan emosi selama < > yang berpunca daripada < >. Selalunya yang dilaporkan dalam media macam itulah bunyinya. Saman pula berjuta-juta. woww.. Sekarang mari kita lihat dalam situasi saya pula. Kita tukarlah sikit ayat :
Saya
a) ketidakupayaan membayar bil-bil, pinjaman-pinjaman tepat pada waktu
b) tunggakan bil-bil, pinjaman dan lain-lain pembayaran yang mana akan wujud kos-kos lain
c) kegagalan memberi wang kepada ibu dan bapa setiap bulan
d) kegagalan menunaikan niat ibu bapa agar balik ke kampung
e) kegagalan menunaikan permintaan saudara-mara/rakan-taulan untuk keluar berhibur, melancong dan memenuhi jemputan kenduri (luar Selangor)
f) mengalami tekanan mental dan emosi
g) mengalami sindrom kurang selera makan
h) mendapat sakit yang tidak diketahui yang mungkin berpunca daripada stress yang berlebihan
i) kurang motivasi untuk bekerja
j) menjatuhkan maruah plaintif kerana kegagalan membayar segala bentuk bil dan pinjaman
Plaintif telah menuntut ganti rugi bagi perkara-perkara yang disebutkan di atas bermula dari bulan Jun 2009 sehingga Julai 2010.
haa..alangkah bagusnya kalau benda-benda tu semua boleh di saman. Tapi nak saman pun kena ada duit nak bayar peguam juga kan. Tapi saya kekeringan duit sekarang. Sebab kekeringan duit itulah saya nak saman.
hehe..berangan.

5 comments:
2bulan dah xbyr gaji ka?? ish! apa mslh depa dr dulu slalu x on time byq gaji. menyusahkan org jer depa nih tau!! k shima cabut lah klo dpt better opportunity!
2 bulan? mak aii merana tuh...
isha : nk cari yg better opportunity tu la lmbt skit..tp skang ni x kisah la better ke, x better ke asalkn stabil dh.
Liana : hee..mmg merana pun.
naya ni Skali...
tengku kena ambek perhatian nie
org korporat aka nandre : ooppss!
Post a Comment