Makhluk ghaib?

Teeeett teeeeett..ada mesej. Saya jangkakan daripada ibunda tersayang tapi tersasar jauh 100 %.

"Adakah makhluk ghaib itu benar-benar wujud? Persoalan anda pasti akan terjawab! Hanya RM0.30 sen/SMS. Hantar ON AGS ke 28288."

Hahh? Makhluk apa ke bendanya itu wahai encik 28288? Kenapa secara tiba-tiba saya dipersoalkan sedemikian rupa walhal saya tidak ada kena mengena langsung dengan masalah hidup encik 28288 selama ini. Saya juga tidak mahu tahu (dan ambil tahu) tentang kewujudan makhluk yang encik sibuk-sibukkan itu. Banyak lagi hal yang perlu saya fikirkan selain melayani persoalan remeh-temeh encik ini. Entahkan betul atau tidak. Kasihan si makhluk ghaib itu difitnah semata-mata mahu mendapat wang. Boleh tak encik 28288 mencari idea yang lebih kreatif dan logik di terima akal? Halalkah rezeki yang encik dapat jikalau dengan memberi perkhidmatan/maklumat palsu sebegitu rupa?

7 comments:

Anonymous said...

ni la dia kecerdikan di zaman teknologi melimpah ruah macam gulai kawah.. macam macam benda buleh dijadikan punca ruzki walaupon produknya tu ntah hapa hapa...

jangan layan kak shimra oi

Ainil said...

shima, kalau ye pun makhluk tu wujud, ada ke kite kisah? heheheh. agaknya ada ke orang lain nk melayan encik 28288 tu kan..

Shima said...

entahnya..teknologi masa ini amatlah membantu tetapi kadangkala cara manusia menggunakan teknologi itu adalah tidak efisien sama sekali. hehe

Shima said...

haha..ada ke org lain kisah? sapa la insan-insan malang yg melayan encik 28288..bkn apa, klau dilayan encik 28288 tu yg dpt duit kan..

Liana Manan said...

ahahahaa.... kreatif pulak encik 28288 ni. agak2 kalu kita jawab sms tu, dia balas "wujud" sepatah je kot? huhu ilang 30 sen...

Shima said...

hehe..yalah..confirm yg tu je dia jwb.

julie"anne said...

pastu cane nk unsub ek? cane tah ade kat sim ni..pnjam adik pny ni..tp dak tu xreti nk unsub..akak dia pn xtau ni..abes bazer duit..huhu