Sejarah dan epik yang hebat
Candi Lembah Bujang : tapak peninggalan arkeologi yang terkaya di Malaysia, Hikayat Merong Maha Wangsa : karya agung salasilah raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan sejarah. Dua buah pengkisahan yang cukup hebat melatari susur galur negeri Kedah.
Sejak dahulu saya amat mengagumi tapak Candi Lembah Bujang ini. Saya minat Sejarah. Salah satu daripada cita-cita gelap saya untuk menjadi seorang kurator terpaksa di kuburkan sebab saya rasa ianya tidak 'glamour'. Ada sesuatu pada tapak Candi Lembah Bujang yang buat saya rasakan ia begitu istimewa. Penuh dengan misteri yang masih belum terjawab. Kota A Famosa juga satu peninggalan yang penuh ceritera sejarahnya. Namun ia dapat di rungkaikan dengan sempurna dan jelas kisah di sebalik pembinaan kota tersebut. Tetapi tidak pada Lembah Bujang. Walaupun penyelidikan telah dijalankan selama seratus lima puluh tahun, masih gagal menyingkap peranan dan perkembangan lembah tersebut yang seringkali menjadi perdebatan para cendekiawan sejarah.
Lembah Bujang dahulunya pernah menjadi sebuah pelabuhan entrepot dan menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara-negara Asia Tenggara pada kurun ke 3 hingga 14 Masihi. Namun penemuan terbaru ke atas lembah tersebut baru-baru ini memungkinkan ianya menjadi tamadun manusia yang tertua di Asia Tenggara berbanding Agkor Wat dan Candi Borobodur. Saya agak teruja apabila kerajaan akan menjalankan kajian di bawah RMK - 10bagi mengkaji penemuan arkeologi terbaru itu. Tak sabar rasanya nak mengetahui misteri di sebalik Lembah Bujang. Ekskavasi yang dijalankan oleh USM juga telah menemui pelbagai bukti tentang wujudnya aktiviti melebur besi, dewan, bangunan dan upacara amal dan kegiatan ekonomi yang di jalankan pada masa tersebut.
Apa pula kaitannya Candi Lembah Bujang dengan epik Merong Mahawangsa? Selain daripada perkaitan antara unsur-unsur Hindu dan Islam melalui asal-usul Raja-raja Kedah, saya tertarik dengan cerita bahawa sebahagian daripada runtuhan-runtuhan candi di Lembah Bujang itu adalah kepunyaan Raja Bersiong yang digunakan bagi membunuh mangsanya untuk mendapatkan darah. Kamu tahukan kisah Raja Bersiong? Namun cerita tersebut tidak dapat dibuktikan melalui penemuan arkeologi mahupun manuskrip lama. Hanyalah cerita yang dibawa selama zaman berzaman. Ramai yang percaya Raja Bersiong iaitu Raja Ong Maha Perita Deria adalah berketurunan daripada diraja Kedah sebelum kedatangan Islam berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa. Sesetengah para pengkaji sejarah pula mendakwa Raja Bersiong adalah mitos semata-mata. Tetapi ada juga ahli sejarah yang menyatakan amat sukar untuk menafikan kewujudan Raja Bersiong dan amat sukar juga untuk membuktikan kewujudannya. Sebabnya begitu banyak versi Raja Bersiong yang diturun-temurunkan hingga ke hari ini sehingga ada yang percaya beliau mempunyai kuasa sakti dan tak kurang juga mendakwa roh beliau yang tidak aman menjerit meminta tolong di sebuah pulau di mana beliau telah dikurung suatu ketika dahulu. Anda boleh google saja di Internet. Pendapat peribadi saya, Raja Bersiong itu wujud satu ketika dahulu. Yang istimewa pada dia hanyalah pada siongnya di kanan dan kiri. Mungkin beratus tahun dahulu sungguh susah untuk bertemu dengan seseorang yang bersiong dan berstatus Raja pula, makanya sudah pasti keunikan tersebut menjadi buah mulut ramai. Itu saja.
Apapun di sebalik mitos Raja Bersiong dan teori Candi Lembah Bujang, masa yang beratus-ratus tahun dahulu telah mengungkap pelbagai kisah dan saksi bermulanya peradaban manusia di negara-negara Asia Tenggara. Cuma masih ada misteri-misteri dan persoalan yang belum terjawab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
caya lah kak shimra berminat nak jadi kurator muzium...
aku pon suka sejarah nie terutama bidang pengajian bangunan lama dan klasik.. aku memang tak tahan tgk bangunan lama nie, minat yang gila-gila la kata org.
oleh karna sekolah aku pon sekolah lama, maka secara tak langsung, bangunan lama memang dekat dengan aku...
kalau aku baca buku yang ada gambaq sejarah malaya yang ada banyak bangunan lama, tu memang aku rasa nak masok ja dalam bangunan tu.... nak rasa macam mana keadaan masa tu. sampai cam tu sekali
ha betui2..aku pun klau baca kisah2 sejarah n ada gmbr tempat2 mcm hutan, kpg..aku akn imagine mcmana keadaan masa tu. sejarah best!
Post a Comment