Sejarah Melayu Reloaded by Amir Muhammad

Pernahkan kamu cuba membaca naskah Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu? Ketekunan, semangat yang jitu dan semestinya kecintaan yang kuat terhadap kesusateraan Melayu dahulu memang wajib ada untuk meneroka kisah asal kesultanan Melayu pada kurun ke 15 dan awal 16 itu. hehe..Bukan mudah nak melayari naskah tersebut dengan gaya 'bahasa tinggi' zaman dahulu. Saya pun tak pernah cuba membacanya tapi keinginan untuk tahu itu tetap ada. Tapi sekarang saya amat berterima kasih kepada Amir Muhammad (anda tahu kan siapa gerangannya kan?) kerana merealisasikan impian saya..hehe macam ayat iklan pula ya. Tak payahlah saya nak bercerita panjang. Kamu boleh singgah di Sejarah Melayu Reloaded. Memang best! Sekarang Chapter 7. Masih sempat kalau mahu kejar. Kalau berminatlah! Saya suka. Penceritaan semula yang jelas dan santai. Kelakar pun ada. Cubalah. Sedikit sebanyak menjelang merdeka boleh lah kita sama-sama menelusuri sejarah kesultanan Melayu dan kedatangan Islam di rantau ini.

Oh ya..di dalam Sejarah Melayu juga rupanya ada disebut mengenai Alexander the Great dan Iskandar Zulkarnain. Apa kaitannya? Baca..hehe.

Perkataan yang paling best dalam naskah ini - 'ratna mutu manikam'.

p/s : Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 53.

4 comments:

Nandre The Legend said...

ya, sejarah melayu sebuah kompilasi klasik mengenai tanah melayu dan watak-watak yang ada pada zaman kesultanan Melaka.

itu merupakan satu karya agung dalam alam melayu di nusantara. sepertimana hikayat hang tuah yang menceritakan kesah hidup beliau di zaman sultan mahmud.

Mr_Rizal said...

saya sejarah 9... kerana saya punya sifat kurang minat membaca...

Liana Manan said...

wah kagum nya dgn orang yang suka baca sejarah. saya juga suka baca buku sejarah. sebagai ubat tido! ehehee

Shima said...

yaa..suka sejarah. ubat tido tu la yg bagus..nnti lelap trus masuk mimpi..jadi mimpi sejarah.