Hari Raya selain dari meraikan, adalah sebahagian daripada kenangan..

"Dam dam dum bunyi mercun.." Lagu-lagu raya dah mula berkumandang. Mercun berdentum-dentam. Tak lama lagi tibalah Syawal yang di nanti. Hari yang sangat mengujakan bagi kanak-kanak (terutamanya) yang sudah mengenal erti Hari Raya.

Jadi, beraya di manakah kamu tahun ini? Jika tahun lepas saya beraya di kampung Mr Rizal, dah tentulah kali ini di Alor Setar! Agak gembira kerana adik di London dan sepupu di Jepun balik menyambut raya bersama-sama tahun ini. Selama ini pun tiada masalah untuk saya dan Mr Rizal bergilir-gilir berhari raya di kampung masing-masing. Hormat seadanya.

Saya selalu terdengar, "Best oo raya kat Kampung AA. Meriah". "Memang best and meriah raya kat Kampung BB. Macam-macam makanan ada, dapat banyak duit raya." Saya senyum saja. Secara peribadi, kamu cakaplah kemeriahan raya di sana di situ tidak sama dengan tempat lain. Tetapi bagi saya semeriah mana pun di tempat lain, tidak sama dengan kampung sendiri. Kita ada rasa yang sama kah? Kamu tahu apa sebabnya? Selain dari meraikan Hari Raya, kita membawa pulang kembali kenangan-kenangan zaman silam kita semasa kecil dan memori sebagai anak yang menyambut lebaran bersama ibu bapa serta ahli keluarga tersayang. Tiada apa yang dapat menggantikan kenangan tersebut dan hanya di tanah kelahiran itulah menjadi saksi perjalanan suka-duka hidup kita. Indah! Saya percaya walau di ceruk mana kamu berada, meriah dan riuh-rendah..tempat asal kamu tetap yang terbaik di sudut hati kamu. Cuma bila hidup berkeluarga, kita bahagikan rasa itu sedikit 'di sana' dan sedikit 'di sini'. Yang pasti yang lebih banyak sedikit itu tentulah 'di sini'. hhahaha

12 comments:

org utara said...

ya, sudah tentulah bila kita tanya kat seseorang, pastikan dia akan berkata, kampung sendiri la syok... ini memang tak dapat dinafikan lagi.

Bukan apa, kita dilahirkan di tempat sendiri, mengaji, main lumpur, main bola, naik basekal sama-sama.... Hidup kita dah sebati dah tu, tapi kita menchari ruzki dan terjumpa la plak org dari negeri lain, berkenan la plak, apa lagi, nikah la kita..

kena bahagi-bahagi...

Shima said...

hahaha..lawak la plak siap ada cerita berjumpa si kekasih hati. Tp x pa..kampung masing2 tak jauh beratus kilometer kan.

Mr_Rizal said...

saya setuju... tetapi raya disana atau disini sekarang sudah hampir sama kemeriahannya. kerana sekarang bagi saya, melihat anak gembira sudah cukup membuatkan hari raya lengkap seadanya...

Shima said...

ohh..just wake up aa..hehe..good morning!

sab said...

slm..wah seronokla shima balik anak bukit thn ni..kem salam sume ahli kuarga ye..sab still setiap thn di seremban..tiada pembahagian berlaku selama 5 thn..alhamdulilah..slm eid mubarak.. :)

Hujan Fan Club said...

betui kan kak shima,

kita dok shah alam nie la buleh jumpa bakal suami atau isteri.. ITM la menjadi tempat yang banyak berjasa kerna menemukan kita semua... kalau kita, kita akan jumpa org lain la.. hehehehehe mungkin satu tempat, satu negeri dan lain-lain.

tengok macam hang, buleh jumpa pak raja dari serdang. Jauh tu, anak bukit dan serdang..

macam aku plak, From Taiping with love jumpa dengan les sekinchan... itu semua jodoh Tuhan sudah tentukan...macam Dato Azman dan kak gie satu negeri. Kalau Aznizan Johorian jumpa plak dengan Arnieta Rosli of Pandamaran... hebat betul.

taman tasik taiping said...

member aku kat rumah nie punya kes.. dia org Perlis (mengajaq sains kat Jeram, Kuala Selangoq) jumpa dengan bini dia org Johor (Lecturer art and design kat UNISEL) --- dua-dua nie budak ITM shah alam...

Perlis ---> Johore = Fehhhhhh!!

Shima said...

ye Sab..sronok! dh bagus sgt tu tiap thn kt seremban. Raya dtg la umah..haha..klau x leh kt kedah, dtg sini ja. Salam aidilfitri utk family awk gak. Mak awk still buat tat nenas yg sedap tu x?

Shima said...

haha..betui2 Nandre. ITM menjadi saksi pertemuan aku n rizal dan kawan2 kita yang lain. Byk kenangan di Shah Alam. Hang pun ditakdirkan berjmpa kekasih hati dalam lingkungan kawasan yg tak berapa jauh. hehe.. Semoga Allah kuatkan jodoh kita dengan pasangan masing2. Amin

Shima said...

Ayoo..perlis-johor..pakat dok jaga sempadan ja la no...ni baru betui lebuhraya utara selatan..hahaha

kartina said...

Selamat hari raya aidilfitri... Maaf zahir batin...

sab said...

slm..insyaAllah kalu ada tersesat di area sana nnt saya roger2..erm mak saya dah tak berapa sihat dah shima..so depends pd anak2 jela kan..slmt bercuti ye..smga slmt semuanya..