Dah masuk 3 minggu tanpa 'updates'. Apa jadi dalam masa 3 minggu tu? Saya rasa dah bercampur perasaan ni dengan macam-macam isi cerita. Cerita betul la. Bukan main-main. Saya 'sums up' saja lah dan inilah yang kamu dapat dalam ruang masa 3 minggu saya :
1. Seronok dan teruja dapat berkumpul semuanya dengan adik-beradik dan saudara terdekat di Hari Raya. Rasanya dalam masa 7 tahun ni tak pernah lengkap gambar hari raya dengan famili. Mesti salah seorang tak ada.
2. Majlis pertunangan Isha (sepupu rapat) yang cukup meriah dan glamor..haha. Walaupun tanpa kehadiran mak, apak dan Ayin yang ada hal yang tak dapat dielakkan di kampung.
3. Kali pertama dalam sejarah famili kami, mak, apak dan ayin tak dapat berkumpul sekali pada majlis tunang Isha. Sebabnya..kami 2 keluarga teramat rapat sejak dulu lagi. Sebarang gosip, masalah, maklumat terkini adalah umpama angin lalu saja. Kalau saya sms mak bagitau Amir bergaduh dengan 'Thomas', paling lama pun dalam hari yang sama saya akan dapat sms dari Chik pula "hai, dengar kata amir bergaduh dengan 'Thomas'. haha..macam itu lah perumpamaannya betapa rapatnya kami.
4. Amir dan Mayya dapat bersua kembali setelah beberapa bulan Mayya di Jeddah. Mesra bukan main. Tapi ending yang agak tidak menarik sebelum Mayya pulang kembali ke Jeddah. Hari terakhir, kedua-dua budak comel itu telah bergaduh rebutkan cd Upin & Ipin sampai menangis Amir walaupun dah sah-sah cd tu Mayya yang punya! hahaha..
5. Saya demam selemah-lemahnya selama seminggu dan hari ke 5 ujian darah saya menunjukkan ada tanda-tanda demam denggi. 3 hari berikutnya makan dan minum saya bertemankan 100 Plus dan sup ketam sampai saya rasa muak hirup sup.
6. Mr Rizal dan Amir juga demam pada masa yang sama saya. Bayangkan saya yang demam itu menjaga 2 orang yang juga demam. Yang paling lemah saya tak cukup tidur malam sebab 2 jam sekali akan bangun melihat Amir yang suhunya akan meningkat naik apabila waktu malam. Siang ok saja. Nasib baik Mr Rizal demam 2 hari saya. Amir 4 hari.
7. Pergi ke kenduri-kendara. Huu...saya dah muak makan nasi dan lauk kenduri. Semuanya menu lebih kurang dan asyik-asyik nasi beriani/ hujan panas/tomato. Tapi beriani yang paling popular. Serius saya akan makan sikit saja sebab dah muak sebab semua rasanya sama. Kalau saya buat kenduri, menu saya adalah seperti menu open house raya. Ada banyak pilihan. Nasi tetap ada dengan 2 pilihan lauk lagi. Cuma yang pasti lauk kenduri yang tipikal tu tak adalah.
8. Teman-teman sepejabat saya ramai yang mendapat cahaya kehidupan di tempat yang baru. huhuhu..saya rasa semakin suram pejabat ni. Tak semacam dulu dengan riuh-rendah. Macam mana dengan saya?
9. Rumah yang saya dan Mr Rizal beli sudah mendapat CF dan Isnin ini adalah saat yang dinantikan setelah sekian lama. Isnin hari mengambil kunci :)
10. Tengah survey keperluan apa yang patut untuk rumah baru. Beli yang penting dulu. Yang lain-lain dalam list boleh tambah ikut kesesuaian duit dan masa. hahaha
Sekian saja untuk kali ini. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
wah dah ada rumah baru la kawan aku nie, hangpa beli rumah kat mana? caya la..
kami beli umah area sini gak..townhouse belakang minlon.
slm..tahniah shima dh dpt masuk umah bru..hehe apa2 updates ye..take care
tq sab. ok2..will update.
congrats da dpt kunci, bile pindah bg taw aku yg kt puchong ni.baca blog ko ni rindu plakk kat acik, dlo mase kite matrik kalo mak ko x dtg acik yg selalu jenguk ko..
ye dea..cik and acik tu mmg very close dgn aku n adik-bradik aku dr dulu smpai sekarang..dan bila2. hehe..
InsyaAllah dh pindah nnti aku bgtau.
Post a Comment