2011 : Selamat datang tahun baru
Selamat tahun baru. Nak ucap juga sebab orang lain pun sibuk berbalas-balas ucapan dan sambutan pelbagai. Tak ucap nanti tak updated pula. hahaha..walaupun tahun baru 1.1.2011 tidak ada apa-apa signifikasi pun sebenarnya cuma sebab ia diraikan oleh seluruh dunia kononnya sebagai permulaan segala bentuk hijrah dari setiap sudut, maka kita menyambutnya sebagai sesuatu yang di tunggu-tunggu. Maka, pada penghujung tirai tahun itu akan berpestalah dan bergembira segala jenis manusia di pelusuk benua menantikan detik 12 tengah malam menuju ke tahun baru. Memang mengasyikkan dentuman bunga api dan gemerlap cahaya tumpah di dada langit. Keasyikan yang belum tentu mampu membawa kita mengharung 365 hari seterusnya dengan semangat. Ia hanyalah keseronokan tapi bukan semangat.
Azam tahun baru? Saya tidak ada azam untuk tahun baru. Minta maaf. Bagi saya bila-bila saja kita boleh berazam dan berusaha untuk memenuhinya. Tak perlu tunggu tahun yang baru. Yang penting semangat mesti ada bersama kita. Peribadi bagi saya jika awal tahun beria-ia membuat dan mengumpul azam, sampai setengah tahun mungkin ada yang tercapai dan ada yang tidak. Azam yang tidak tercapai tu...kata hati "Alaa..tak pa lah tunggu tahun depan ja." Hahaha..adakah begitu? Saya tidak tahu cuma itu firasat saya saja. Apapun semuanya berbalik kepada individu. Bagus jika kamu punyai azam untuk permulaan tahun ini tapi pastikan kamu bawa semangat dan usaha ke arah azam itu sentiasa ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment