Antara yang terindah..

6 tahun..kita mencabar diri. 6 tahun..kita ukirkan segala bintang. 6 tahun..kita lakari awan yang penuh warna-warni. Tidak pernah sekalipun kita tewas. Rasanya bagai mimpi. Mimpi-mimpi itu telah dicantumkan menjadi mozek-mozek yang cukup indah sekali oleh Maha Pencipta..selama 6 tahun. Terima kasih kepada kita-kita ini. Pengalaman dan pada kenangan yang manis tak mungkin kita lupakan. Kawan, kita percaya pada hikmahNya. Nyata setiap yang kita lalui pasti terselit seribu kemanisan yang tidak mampu kita tafsirkan. Kawan, kita sama-sama berjuang. Tak kira di mana jua kita berada. Doa aku..harapan aku..kita akan sentiasa ada pada sudut ingatan masing-masing. Semoga berjaya, kawan. :-)

0 comments: