Kita tak mungkin sama

Hidup ini tak semudah "itula kan aku dah cakap dari dulu". Tak semudah itu. Ruang lingkup engkau tak sama dengan ruang hidup aku. Secara kasarnya kau mungkin nampak sama. Tapi aku, engkau dan insan lain punyai matlamat yang berbeza, dugaan, kekuatan, kelemahan dan banyak lagi yang tak memungkinkan kita berada pada sisi yang sama.
Mungkin kau rasa apa yang engkau lakukan itu adalah yang terbaik..bagi kau. Tapi tak semestinya untuk orang lain. Setiap nikmat dan kesusahan yang Allah berikan semuanya berpaksikan sebab dan musabab. Hikmah pasti ada. Itu juga perlu usaha dan kesabaran. Aku yakin dengan Allah. Kau juga kena yakin. Yakin yang aku, kau dan orang lain tak mungkin sama.

0 comments: